“Kalau Tak Suka Perangai Saya Jangan Jemput Ke Majlis” – Ain Edruce Jawab Kontroversi ‘Cium’ Di Perkahwinan Janna Nick

Hiburan

“Kalau Tak Suka Perangai Saya Jangan Jemput Ke Majlis” – Ain Edruce Jawab Kontroversi ‘Cium’ Di Perkahwinan Janna Nick

Pelakon dan juga personaliti TV sensasi, Ain Edruce tampil menjawab kritikan netizen berhubung sikapnya yang didakwa melebih-lebih dan tidak sopan ketika di majlis perkahwinan Janna Nick dan Dini Schatzmann.

Dia yang menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara menjerit dan berkelakuan ‘over’ ketika majlis berlangsung memohon maaf dan mengakui kesilapannya pada hari tersebut.

Advertisement

Jelas Ain, dia sebenarnya meminta Dini untuk mencium dahi Janna dan bukannya di mulut seperti yang diamalkan pengantin di negara barat.

Sebenarnya majlis itu dihadiri oleh beberapa rakan terdekat saja dan tertutup, bila nikah pasti ada upacara batal air wuduk, jadi saya minta cium dahi.

Ain tak saksikan upacara nikah dan bila jerit minta untuk cium tu hanyalah cium dahi, mungkin ada segelintir netizen ni bila dengar cium saja akan berfikiran lain kah?

Katanya lagi, dia berasa sedikit geram kerana orang ramai gemar bercakap tanpa mengetahui cerita yang sebenar.

“Kadang-kadang geram juga bila orang bercakap mengenai perkara ini tanpa tahu cerita betul, tapi Ain nak minta maaf kalau buat orang kurang senang dan kalau tak suka perangai Ain jangan jemput datang ke majlis kahwin nanti okay” luahnya lagi.

dini
11 months ago

"Bangun Tidur Ada Orang Kemaskan Katil" - Janna Nick Seronok Dapat Suami Rajin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...