Kalau Tak Suka Kemesraan Kami, Jangan Tengok – Fattah Amin

Hiburan

Kalau Tak Suka Kemesraan Kami, Jangan Tengok – Fattah Amin

Sejak sah menjadi pasangan suami isteri, Fattah Amin dan Fazura semakin bahagia dan sedikit pun tidak merasa kurang selesa untuk mempamerkan kemesraan serta kasih sayang antara mereka berdua di laman sosial serta di khalayak ramai. Tidak dinafikan, mereka memang cukup sepadan bersama.

Advertisement

Walaupun ada peminat yang “cair” dengan aksi manja pasangan itu, ada juga pihak yang mengecam dan memberikan komen mereka sudah meluat dengan Fattah dan Fazura yang didakwa terlalu ingin menunjuk-nunjuk kebahagiaan mereka. Apa komen Fattah mengenai hal ini?

Saya tidak faham dengan sesetengah pihak yang menghina dan mengutuk tapi masih mahu melihat gambar atau video kami. Mudah saja sebenarnya, jika tidak suka, mengapa membazirkan masa untuk tengok?

Seperti yang sering saya tegaskan sebelum ini, berdoalah dan cakap saja yang baik-baik. Atau lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak.

Bukan itu sahaja, ada dakwaan mengatakan karier Fattah sudah semakin suram sejak beliau berkahwin. Fattah bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai perkara itu dan percaya rezeki Allah SWT itu luas dan boleh datang dalam pelbagai cara. Semuanya atas ketentuan Allah SWT.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...