“Kalau Tak Suka Jangan Harap, Paksa Pun Saya Tak Akan Buat” – Datuk Seri Siti Nurhaliza

Hiburan

“Kalau Tak Suka Jangan Harap, Paksa Pun Saya Tak Akan Buat” – Datuk Seri Siti Nurhaliza

Penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjawab kritikan peminat yang menuduhnya tiada ‘job’ kerana sering mempromosikan produk kecantikan keluarannya.

Ujarnya ketika satu siaran langsung (live), dia tidak berniat untuk membalas namun tiada keperluan untuk orang di luar sana untuk berkata seperti itu.

Advertisement

Bukan niat saya nak membalas, tidak. Tapi janganlah cakap begitu. Sebab saya suka, maka saya akan buat apa yang saya suka.

Kalau tak suka, jangan harap. Paksa macam mana sekalipun, saya takkan buat okay. Sebab saya sukalah, orang tak suruh pun saya buat.

Terdahulu, pelantun lagu Cindai itu diperli sesetengah individu gara-gara sering membuat siaran langsung menjual produk Simplysiti.

Gara-gara kritikan itu, anak tiri penyanyi itu, Asyraf Khalid tampil membidas kenyataan netizen.

Macam mana boleh kata Datuk Siti tak ada job? Tahun ni saja dah berapa banyak konsert. Rasa macam dia tak sempat nak rehat pun, orang boleh kata tak ada job.

Simplysiti adalah sebuah perniagaan dan perniagaan tersebut perlukan marketing dan promosi juga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 months ago

"Dah Berapa Banyak Konsert.." - Anak Tiri Tampil Pertahankan Siti Nurhaliza Selepas Diperli Tiada 'Job' Sebab Selalu Buat 'Live' TikTok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...