Pelakon dan model yang terkenal suatu ketika dahulu, Zahnita Wilson sebelum ini pernah dikritik segelintir pihak kerana rupa parasnya yang dikatakan jauh berbeza dengan dahulu.
Dianggap ada masalah mental
Terbaru, Zahnita telah meluahkan rasa kecewa dengan komen yang dilontarkan kepadanya oleh seorang individu menerusi direct message di Instagram.
Melalui hantaran itu, Zahnita menunjukkan komen individu terbabit yang berkata dia mempunyai masalah mental dan turut membandingkannya dengan selebriti lain.
Saya rasa awak ada masalah mental. Tak boleh ke awak jadi lagi cantik macam Sarimah Ibrahim atau Marian Counter?
Kalau tak suka, berambus
Zahnita membalas mesej tersebut menerusi hantaran di Instagram dan berkata sesiapa yang tidak suka dengan kontennya boleh memilih untuk tidak menonton.
Kalau awak tak suka konten mengarut saya, boleh berambus…Konten saya menunjukkan realiti yang sebenar dan di dalam dunia yang penuh dengan pembulian siber ini, saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang isu ini.
View this post on Instagram
Ramai komen positif
Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan komen-komen yang positif daripada warganet terutamanya kaum Hawa yang memberikannya kata-kata semangat.
Ramai yang turut menyelar individu berkenaan kerana sikap membandingkan seseorang dengan orang yang lain sedangkan itu tiada kena mengena dengan kehidupannya.
Malah, rakan artis seperti Sazzy Falak turut mengkritik individu berkenaan dan rata-rata warganet memuji konten Zahnita kerana memaparkan realiti sebenar.