Kalau Tak Suka Atau Meluat, Itu Bukan Masalah Kami, Pesanan Awal Ashaari Kepada Para ‘Haters’

Hiburan

Kalau Tak Suka Atau Meluat, Itu Bukan Masalah Kami, Pesanan Awal Ashaari Kepada Para ‘Haters’

Pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Awal Ashaari serta anak mereka, Lara Alana sentiasa mencuri perhatian ramai. Kepopularitian mereka bertiga tidak boleh dinafikan lagi, lebih-lebih lagi dengan keletah Lara Alana yang sangat comel. Apa sahaja yang dilakukan, pasti menjadi perbualan ramai. Ada yang menyukai, ada yang tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka dan sudah tentu, ada yang membenci. Seperti selebriti-selebriti lain, keluarga ini juga tidak terlepas daripada ‘haters’ yang sentiasa memberikan komen negatif terhadap apa jua yang dikongsikan di laman sosial.
awal ashaariKontroversi terbaru yang melanda mereka sudah tentu kutukan yang diterima apabila Scha Al Yahya memakai baju yang kurang sesuai di mata orang awam ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week. Teruk Awal Ashaari dikecam kerana membiarkan isterinya bergaya sebegitu. Namun bukanlah semua mengutuk Awal dan Scha. Hanya segelintir sahaja dan mereka ini adalah ‘haters’. Buat apa sahaja pasti akan ada salah. Tak ada yang betul di mata mereka. Kata Awal:-

Haters sentiasa mencari jalan untuk membenci, sebab itu mereka dipanggil dengan nama demikian. Kenapa kami perlu fokus kepada segelintir yang berfikiran negatif sedangkan masih ada ratusan ribu lagi yang cukup positif dalam menerima apa yang saya dan isteri paparkan di laman sosial?

Justeru saya tidak terlalu memikirkan apa yang berlaku di laman sosial dengan terperinci kerana ia sekadar tempat untuk saya kongsikan gambar dan aktiviti harian kami. Kalau tak suka atau meluat, itu bukan masalah kami.

Tiada apa yang perlu diperkatakan terhadap golongan negatif seperti ini. Bagi saya, mereka tidak wujud dalam kamus hidup ini, jadi ia sekadar membuang masa. Setiap institusi kekeluargaan ada cara yang tersendiri untuk dikendalikan. Keluarga saya tak mungkin sama dengan keluarga orang lain dan begitulah sebaliknya.

Kepada mereka yang berasakan apa yang mereka lakukan itu sempurna, tidak mengapa. Teruskanlah berfikiran begitu asalkan jangan menghukum orang lain yang anda tak tahu sama ada apa yang mereka lakukan itu mungkin lebih betul, lebih baik atau mungkin lebih sempurna daripada apa yang anda mampu lakukan.

Advertisement

awal ashaari

Betul juga kata Awal Ashaari itu kan? Dunia ini memang sentiasa ada yang memandang negatif apa sahaja yang kita lakukan walaupun tidak mengetahui kisah sebenar. Iyerlah, apa sangat yang boleh ditafsirkan melalui gambar dan kata-kata yang dimuatnaik di laman sosial. Seringkali berlaku salah faham. Namun itulah kelebihan dan kekurangan dunia serba canggih sekarang ini. Buat para ‘haters’, mungkin kena kurangkan sedikit kebencian anda. Akan tetapi golongan selebriti juga perlulah lebih berhati-hati agar tidak melakukan perkongsian yang mampu menimbulkan kontroversi. Sama-sama give and take. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...