Untuk info ramai, lantai di rumah kaum India di Malaysia pasti akan kekal bersih setiap masa dan itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya ‘rahsia’ disebalik lantai di rumah mereka sentiasa berkilat.
Sapu dan mop setiap pagi
Dalam pendedahan seorang individu di laman TikTok baru-baru ini, lantai rumah kaum India sentiasa bersih kerana mereka wajib menyapu dan mop lantai sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Kata individu bernama Muhammad Farhan Param Kunaseigaran atau mesra dikenali sebagai Cikgu Param, masyarakat India sememangnya mengambil berat tentang kebersihan rumah.
Benda pertama yang wajib buat apabila bangun pagi bagi masyarakat India adalah sapu dan mop. Sehari itu tiga kali buat, itu pun dikira malas. Yang rajin itu sebelum tidur buat lagi.
Kepercayaan dan adat masyarakat India
Dalam pada itu, dia juga berkata ia berkait rapat dengan kepercayaan dan adat bagi masyarakat India iaitu kebersihan yang dituntut agama serta bagi meraih lebih banyak rezeki.
Netizen setuju, kagum dengan kebersihan rumah
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kata-kata Cikgu Param, dimana rumah masyarakat India selalu kelihatan bersih.
Bahkan, kaum India juga ada meninggalkan komen berkata mop sert menyapu rumah sememangnya sudah menjadi rutin harian buat mereka dan jika tidak melakukannya, dia akan rasa tidak selesa.