Jika anda bergelar ibu bapa pastinya mengetahui karenah anak-anak di dalam fasa membesar yang ingin mencuba semua benda.
Kata orang, jika si kecil itu aktif dan lasak, mereka mungkin tergolong dalam kalangan anak-anak yang bijak.
Tular di media sosial baru-baru ini apabila perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai @alanteva90 membiarkan anak lelakinya yang masih bayi memanjat tingkap ‘grill’ mereka telah menerima kecaman netizen.
Malah, tindakan wanita itu yang membiarkan sahaja anaknya itu memanjat tempat tinggi membuatkan netizen bertambah geram dan panas hati.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya kebanyakannya mengecam tindakan si ibu namun ada juga yang mengatakan bahawa ianya perkara biasa dalam proses tumbesaran anak lelaki yang aktif dan sihat.
Kalau jatuh, menangis tak berlagu mak dan bapaknya. – netizen
Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka merawat kes anak kecil dibawa ke hospital sehingga patah bahu kerana memanjat tempat tinggi namun terjatuh.
Apa-apapun, sentiasa berhati-hati dan mengawasi anak-anak anda kerana sesungguhnya malang itu tidak berbau.