“Kalau Tak Puas Hati, Pi Nikah Dekat Pejabat Agama” – Tular Tok Kadi & Saksi ‘Buli’ Pengantin Lelaki, Asyik Tanya Soalan

Kehidupan

“Kalau Tak Puas Hati, Pi Nikah Dekat Pejabat Agama” – Tular Tok Kadi & Saksi ‘Buli’ Pengantin Lelaki, Asyik Tanya Soalan

Tidak dinafikan, memang wujud sesetengah Tok Kadi yang bertanya soalan -soalan kepada pengantin lelaki ketika proses ijab kabul.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong berkongsi satu insiden yang berlaku di depan matanya sendiri ketika menghadiri pernikahan sepupu isterinya di Sungai Petani, Kedah.

Advertisement

Firdaus Wong

Ceritanya, sebelum ijab kabul saksi telah bertanya macam-macam soalan walhal ia sudah ditanya oleh bapa pengantin. Malah, bapa pengantin turut meminta saksi untuk berhenti mengajukan soalan agar pernikahan dapat selesai segera.

Bagaimanapun, dia diminta bersabar kerana saksi masih ingin bertanya soalan dan meminta pengantin untuk mengulang lafaz nikah.

Set salinan pakaian ada berapa? Bila pi kursus kahwin? Kenapa 3 bulan bukan sekali? Baca syahadah, baca Fatihah, selawat. Baca kuat sikit tak dengar.

Melihat wajah ibu pengantin lelaki sedang menahan geram dan menggeleng kepala beberapa kali, Firdaus bertindak meminta jurunikah dan saksi untuk mempercepatkan majlis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong)

Namun, dakwanya dia pula kemudian dimarahi kerana dikatakan telah mengganggu urusan nikah malah Tok Kadi turut memarahinya dan menegaskan bahawa dia sudah berpesan agar tiada siapa menyampuk ketika majlis berlangsung.

Saya dah buat benda ni 10 tahun dah. Kalau awak tak puas hati, saya boleh je batalkan majlis pernikahan ini dan suruh depa pi nikah kat pejabat agama je.

 

Ramai pernah kena?

Hantaran Firdaus menarik perhatian warganet dan ramai mendakwa pernah mengalami situasi yang sama di mana mereka menjadi mangsa buli di masjid terbabit.

komen netizen

komen netizen

Sementara itu, Firdaus berkata ahli keluarga pengantin telah membuat laporan dan aduan kepada jabatan agama tentang prosedur dilakukan pihak masjid.

Difahamkan, Tok Kadi yang lantang itu adalah imam masjid manakala saksi tersebut pula adalah seorang muazzin di masjid berkenaan.

anak pengasas Dnars minta sponsor makanan
2 months ago

Anak Pengasas Dnars Dikritik, Minta ‘Sponsor’ Makanan Untuk Majlis & Akan Bagi ‘Free Marketing’ - “Kalau Nak Tolong, Bayar & Review Ikhlas”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...