“Kalau Tak Nak Ikut Syarat, Saya Taja Pasukan Selangor” – Datuk Seri Vida

Trending

“Kalau Tak Nak Ikut Syarat, Saya Taja Pasukan Selangor” – Datuk Seri Vida

fas_logo

Ringkas dan penuh makna.

Advertisement

Itu yang dapat disimpulkan dari apa yang Datuk Ser Vida sampaikan. Hingga ke saat ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum memberi sebarang keputusan rasmi berhubung isu penajaan produk kecantikan Qu Puteh terhadap pasukan bola sepak negeri itu.

Namun pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida semalam berkata, beliau ‘berminat’ untuk menaja pasukan bola sepak Selangor jika KAFA tetap enggan menurut dua syarat yang dikenakan terhadapnya.

“Secara lisan mereka setuju, namun kalau KAFA tidak mahu ikut syarat saya, saya pergi taja Selangor,” katanya memetik laporan di web Stadium Astro.

Dua syarat yang dimaksudkan adalah menukar Stadium Sultan Muhammad IV kepada warna merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

Sementara itu pemain sayap Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dilaporkan tidak kisah dengan syarat yang dikenakan Datuk Seri Vida kerana percaya ia tidak akan beri kesan negatif kepada sesebuah pasukan.

Beliau juga meminta penyokong melihat perkara ini secara meluas dan positif sebagai langkah meningkatkan prestasi bola sepak Kelantan.

“Kita pakai apa saja nama pasukan, jika penyokong dapat memberi sokongan sudah pasti Kelantan akan meraih kemenangan,” ujarnya.

Nampaknya isu ini masih lagi berlarutan. Datuk Seri Vida dah menyatakan kesediaan untuk menaja, namun pihak KAFA masih lagi berteka-teki. Sama-sama kita nantikan keputusan rasmi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...