“Kalau Tak Mampu Bela Kucing, Jangan Bela. Kasihan Saja Tidak Cukup”

Trending

“Kalau Tak Mampu Bela Kucing, Jangan Bela. Kasihan Saja Tidak Cukup”

Seorang pengguna Twitter yang mengunakan handle @ainachantique memberitahu, dia mempunyai isu untuk mempercayai golongan yang meminta derma untuk rawatan kucing peliharaan kerana pengalamannya tentang seorang rakan.
muslihatan
Menurut Aina, rakannya memelihara beberapa ekor kucing tetapi kucing-kucing itu tidak dijaga dengan baik. Bila kucing-kucing itu ditimpa kemalangan dan sakit akibat kecuaiannya sebagai tuan, rakannya telah meminta derma untuk menampung kos rawatan kucing-kucingnya.


Tetapi bukan saja dia tidak bertanggungjawab terhadap kucingnya, malah wang kutipan derma yang berjumlah RM 1,000 akhirnya digunakan untuk kepentingan peribadi. Cerita Aina:

Image01

Advertisement

Image02

Image03

Image04

Kata Aina ada benarnya. Seseorang yang meminta derma netizen untuk rawatan binatang peliharaan sepatutnya menyertakan bil yang diberikan oleh veterinar.

Ini untuk mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab membuat kutipan derma, kononnya untuk kucing tetapi kemudiannya ia digunakan untuk menampung keperluan peribadi tuan kucing.

Memang ada orang yang memelihara kucing kerana trend, untuk selfie bagi menunjuk-nunjuk di media sosial sedangkan kebajikan kucing tidak dijaga sepenuhnya malah selalu dibiarkan berlapar.

Orang hendak bela kucing, dia pun hendak. Orang jaga kebajkan kucing, dia tidak. Sila jangan berlakon seolah-olah anda pencinta haiwan. Anda hanya menganiaya kucing-kucing tersebut. –amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...