Baru-baru ini, industri seni telah dikejutkan dengan berita pemergian ahli kumpulan One Nation Emcees iaitu Jojo atau nama sebenarnya Nur Hazan Balas yang telah pergi menghadap Ilahi setelah selesai bacaan Ta’alim di Masjid Seri Petaling.
Pemergian Jojo itu turut dirasai oleh sahabat baiknya yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan One Nation Emcees iaitu Mimi Fly.
Menerusi satu hantaran di Instagram Storynya, Mimi menyifatkan pemergian Jojo sebagai kematian yang dicemburui kerana meninggal dunia di dalam masjid dan dalam keadaan berwuduk.
Mati yang dicemburui. Di dalam masjid, dalam keadaan berwuduk. Allah permudahkan semua untuk Jojo.
Menerusi hantaran yang lain, Mimi mendedahkan sikap Allahyarham yang sentiasa menyayangi dan tidak pernah berkasar dengan orang di sekelilingnya.
Forever my person. Thank you for your love. You love everyone, sikit pun tak pernah berkasar dengan orang. Kami yang rapat dengan Jojo banyak belajar apa itu cinta.
Dalam pada itu, Mimi turut meluahkan rasa syukur dapat mengenali Jojo dan dapat mengenali erti cinta dan persabatan.
Terima kasih Jo. Mimi rasa bertuah dapat kenal Jojo. Kalau tak kerana Jojo, mungkin Mimi tak kenal apa erti cinta dan persahabatan. Mimi akan ingat sampai bila-bila Jo. Al-Fatihah.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Mimi memaklumkan kematian sahabatnya, Jojo di laman Facebook. Kongsi Mimi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam usaha berdakwah di dalam perjumpaan kumpulan tabligh di Masjid Seri Petaling.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.