Written by Bella | May 22nd, 2018

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Safiey Illias telah mengadakan majlis iftar Ramadhan dan sambutan hari jadinya yang ke 24 di JW Marriot Hotel, Kuala Lumpur dengan menjemput pelajar tahfiz serta anak yatim.

Ingin berkongsi kegembiraan beliau, Safiey turut memuat naik beberapa foto sekitar kemeriahan majlis tersebut di akaun Instagramnya.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang disertakan. Sering dihimpit dengan kontroversi serta menerima pelbagai cacian daripada orang ramai kerana keputusannya untuk berubah menjadi seorang perempuan semula selepas bersungguh-sungguh mengatakan beliau bertaubat, Safiey berkata, beliau sebenarnya sedang cuba sedaya upaya untuk mencari hidayah yang hilang.

Memang beliau mempunyai keburukan tetapi tidak adil untuk masyarakat terus menghakimi serta menjatuhkan hukum kepada dirinya.

Jika masyarakat terus kecam Safiey, mungkin sahaja jiwanya akan terus “memberontak”  dan terus tampil sebegini. Doakan yang baik-baik sahaja agar satu hari nanti beliau kembali ke pangkal jalan.

48 responses to Kalau Tak Jumpa Di Syurga, Carilah Saya Di Neraka – Safiey Illias

  1. ManusiaBisas says:

    Wow betul2 berani eh safiey kau cakap jumpa kat neraka.. Gila betul zaman skrg ni, neraka ni boleh buat main2 dek mulut mcm xde pape je.. Baik kau buat solat taubat safiey sebelum Allah tarik nikmat kau berkata2. Bulan2 Ramadhan tegar betul , tergamak betul hati utk mengeluarkan statement biadab mcm ni. Kau tak biadab dgn manusia, kau biadab dgn tuhan!

  2. Anonymous says:

    penunggang agama bab belit ayat mmg terer mcm drama jam 7

  3. SAFIEYILIAS says:

    BEST KE JADI PPUAN. KO XMALU DGN BAPAK KO KE? MAK KO? DIA LAHIRKAN KO. TUP TUPP KO NK JADI BETINA. KESIAN DO.