Pelakon dan personaliti TV, Uyaina Arshad baru-baru ini ada menzahirkan ucapan takziah buat mangsa kebakaran di wilayah California, Los Angeles.
Uyaina juga menyifatkan tragedi kebakaran besar itu sebagai satu amaran Tuhan kerana kerajaan Amerika Syarikan menerusi wilayah itu adalah penyumbang tertinggi kepada rejim Zionis yang membantai Palestin.
Perasaan simpati saya kepada mangsa, tetapi mari kita lihat situasi ini dari sudut pandang yang berbeza. Ini adalah ‘amaran’ dari Tuhan. Ini adalah definisi terbaik Allah bayar ‘cash’.
Menurut Financial Times, anggaran kerugian kewangan yang AS hadapi sekarang adalah sekitar RM608 bilion sehingga RM676 bilion akibat kebakaran hutan ini dan menjadikan tragedi ini sebagai ‘The Cosliest Disaster in U.S History.’
Berikutan itu, Uyaina meminta orang ramai untuk lebih peka dan celik ilmu berkenaan isu tersebut.
Dengan duit dan dana inilah mereka gunakan untuk menghancurkan bumi Palestin. Faham tak? Nampak tak? Kalau ini tidak jelas lagi, tak tahu lah.
Setiap perbuatan sama ada baik atau buruk akan dibalas Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat berdasarkan apa yang dia lakukan. Jelas. Ini adalah amaran dari Tuhan buat Amerika Syarikat,
Terdahulu, Los Angeles khususnya telah berhadapan kebakaran besar sejak 6 Januari lalu.
Lebih kurang 10,000 anggota bomba dan juga pasukan penyelamat telah berhempas pulas mengawal kebakaran yang merebak gara-gara angin kencang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.