Melalui video yang memaparkan selebriti, Natasha Hudson, dia mengakui kehidupannya terkesan selepas melalui lima perkahwinan dan empat kali penceraian.
Dedah Natasha, generasi keluarganya sebelum ini turut melalui perkara sama yang dialami oleh aktres itu.
4 kali penceraian di usia yang muda dan 5 kali perkahwinan sememangnya memberi kesan dalam hidup saya in so many ways.
@natashahudsonofficial 4 divorces at young age and 5 marriages truly effected my life in so many way. How did I stand on my 2 feet and strongly not give up on this journey? What did I understand from this experience? I’m still learning and growing. Catch more of this full episode on youtube @lesungbatu.my Together with @Dr Roland Victor MD and @Mangala | Transformation Coach #lesungbatu #lesungbatumy #drrolandvictor #natashahudson #family #marriage #divorce #healing #trauma #psychotherapy #psychology #podcast #love #natashahudson #fyp #fypmalaysia #tiktok #tiktokmalaysia #malaysiancelebrity #kualalumpur ♬ original sound – Natasha Hudson
Kata pelakon berdarah kacukan itu, penceraian yang dilalui sememangnya membuatkan dia berasa trauma dan seterusnya menjadi penyakit keturunan.
Kalau keturunan tu tak heal dia boleh pass on to the next generation.
Natasha berkata datuk dan neneknya di Australia juga lalui hal yang sama iaitu berkahwin tetap gagal akhirnya.
Sekadar info, Natasha Hudson dan suami keempatnya, Noor Nashriq bercerai pada tahun 2019. Selepas itu, aktres terbabit mendirikan rumah tangga bersama suami kelima, Jay Jasmin pada tahun 2022.