“Kalau Tak Ada Duit Kenapa Tak Pergi Hospital Kerajaan?” – Bad Indigo Dipersoal Netizen

Hiburan

“Kalau Tak Ada Duit Kenapa Tak Pergi Hospital Kerajaan?” – Bad Indigo Dipersoal Netizen

Penyanyi kumpulan Indigo, Bad yang berdepan ujian besar apabila rezeki terputus akibat COVID-19. Bad yang juga penghidap penyakit diabetes melarat hingga memaksa jari kaki dipotong, dikecam netizen gara-gara kisah kepayahan hidupnya viral.

Ashira Bad Indigo
3 years ago

"Allah Sebaik-Baik Perancang.." Diuji Dengan Penyakit Kritikal, Ashira Titip Doa Istimewa Buat Bad Indigo

Advertisement

Bad atau nama sebenar Badrul Izhan Yeop Abdullah akui kecewa dengan segelintir netizen yang melontarkan kecaman dan menganggap artis itu tidak perlu diberi layanan istimewa.

Bad Indigo

Bad menjelaskan bukan semua artis kaya-raya dan hidup mewah. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bad mengenai rawatannya termasuk mencuci luka di hospital swasta dipersoal oleh netizen.

Mereka cakap kenapa saya tidak pergi ke hospital kerajaan sahaja kalau tiada duit. Sebenarnya, ada perkara yang saya tidak mahu berkongsi dengan lebih lanjut.

Penyanyi lagu Andai Kau Pergi itu berkata rawatan mencuci bukaan luka bukan sesuatu perkara biasa. Ia perlu dirujuk kepada mereka yang lebih pakar dan ada benda yang mungkin orang nampak biasa atau senang, tetapi, dia yang melalui semuanya.

Bad yang juga suami kepada Ashira Aziz mengakui kesihatan dirinya ketika ini baik-baik sahaja. Cuma, pergerakan terbatas dan terpaksa bergantung kepada walker yang dilengkapi empat roda.

Tidak mengapalah, terima kasih kerana menghina dan mencaci saya… Saya reda.

Walaubagaimanapun, Bad bersyukur ada sahaja insan mulia bermurah hati seperti kenalan, saudara-mara dan orang yang tidak dikenali memberi sumbangan kepadanya. Dia akui kos rawatannya memang membebankan. Apatah lagi, sejak tiada tawaran persembahan bersama Indigo sejak lebih setahun lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...