“Kalau Tahu Lahir Macam Ni, Aku Tak Nikah & Pilih Ada Anak!” – Wanita Dedah Ditinggalkan Suami Sebab Anak Sindrom Down

Kehidupan

“Kalau Tahu Lahir Macam Ni, Aku Tak Nikah & Pilih Ada Anak!” – Wanita Dedah Ditinggalkan Suami Sebab Anak Sindrom Down

Sedia maklum, mempunyai anak istimewa bukanlah satu amanah yang mudah buat mana-mana ibu bapa dan diawal kelahiran anak istimewa, pasti banyak komplikasi kesihatan berlaku serta perlu dijaga dengan penuh rapi.

Tetapi dalam proses ini, ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing dengan membantu satu sama lain tetapi kisah seorang wanita bernama Aisyah ini sememangnya amat perit untuk dilalui.

Advertisement

Wanita ditinggalkan oleh suami sebab anak Sindrom Down?

Lebih perit apabila suaminya sendiri melontarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada anak mereka yang hidap Sindrom Down.

aisyah anak sindrom down

Apabila anak mereka dilahirkan, Aisyah akui orang sekeliling melemparkan kata-kata melampau hingga menghina situasi anak istimewa itu.

Cuba anaknya diruqyah. Anak 1000 muka macam ni biasanya anak jin.

Anak orang lain umur setahun dah boleh jalan. Ini kenapa belum?

‘Takkan bernikah kalau tahu ada anak macam ni!’

Dalam pada banyak tohmahan yang diterima, Aisyah berkata suaminya sendiri juga menyatakan rasa kesal mempunyai anak Sindrom Down.

Kalau tahu Fatih lahir macam ni, aku akan lebih memilih tidak bernikah & ada anak!

Walaupun sedar suami mempunyai sejarah masalah kesihatan mental, tetapi dia tidak pasti sama ada ayat kesat yang dilontarkan dalam emosinya sedang stabil ataupun tidak.

@aisyahellyy hari ini jadwal nya abang fatih nyukurrr😆🙃 seperti biasa ngereoggg😆🙏🏻 #downsyndrome #fyp ♬ original sound – Adityaa bagus – Adityaa Bagus

Suami baru terima anak istimewa dengan hati terbuka

Bagaimanapun, Aisyah memaklumkan dirinya sudah pun bercerai dengan suami sejak tahun 2023 dan ia bukanlah berpunca sepenuhnya kerana anak mereka Sindrom Down tetapi lelaki itu sering berbalas mesej tidak senonoh dengan rakan sekerja.

Malah, bekas suaminya juga sama sekali tidak bertanyakan khabar mengenai anak mereka selepas bercerai dan kini, Aisyah sudah pun mengahwini lelaki lain, di mana dia menerima baik anak istimewa itu.

3 years ago

Meronta Sakit, Pakar Sahkan Kesan Lecur Di Tangan Bella Kemungkinan Besar Disebabkan Air Panas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...