Pelakon baru yang kini sering terlihat di layar kaca TV, Nadhir Nasar dikatakan telah terjebak dengan cinta lokasi apabila melihat status yang dimuat naik di laman Twitter peribadinya.
Pernah ditanya jika ada sebarang hubungan dengan pelakon Qasrina Karim sebelum ini, Nadhir akui mereka hanyalah rakan biasa yang menjadi lebih akrab selepas mengenalinya ketika pengambaran drama bersiri My Famous Ex-Boyfriend.
Kalau suka confess je lah bang.
Walaupun mungkin ramai lelaki dan perempuan akan broken tapi saya setuju.
— Nadhir 👽🇵🇸 (@NadhirNasar) November 6, 2023
Kapsyen yang membalas hantaran gambar Qasrina itu cepat meraih perhatian ramai peminat kerana disangka mula ada hubungan di antara dua pelakon baru itu.
Rata-rata peminat juga menyokong jika mereka bersama. Katanya, chemistry Nadhir dan Qasrina disukai ramai sejak digandingkan bersama dalam drama bersiri terbaru mereka.
Namun begitu, kedua-duanya telah bertegas mereka tidak menyimpan sebarang rasa suka antara satu sama lain. Yang dilihat oleh warganet itu hanyalah persahabatan yang memudahkan mereka mencipta keserasian di set.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.