Hubungan Emma Maembong dan Zizan Razak sudah lama tamat. Kedua-duanya pun kelihatan seperti sudah ‘move on’. Emma Maembong kini mesra bersama Kamal Adli sementara Zizan pula satu ketika dahulu mengumumkan bakal berkahwin (tapi tak kahwin-kahwin sampai sekarang). Namun hari ini industri hiburan dikejutkan dengan kata-kata daripada Emma Maembong yang jelas ditujukan kepada Zizan.
Memang pedih dan makan dalam sungguh kata-kata Emma yang ditulis menerusi akaun Twitternya itu. Tulis Emma Maembong:-
Fuh. Ayat “kalau sudah playboy itu mengaku sajalah” memang menimbulkan banyak persoalan. Menariknya Emma turut sama berbalas kata-kata dengan Michael Ang, sekaligus membongkar lagi beberapa rahsia Zizan Razak.
Kelantangan Emma Maembong bersuara ini adalah kerana Zizan telah pun membuat onar dengan membuat cerita negatif tentang dirinya. Kata Emma:-
Selama ini dia memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan kami kepada media termasuk memberi alasan kereta mewah seperti sebelum ini tapi saya hanya berdiam diri sahaja. Kini saya dapat tahu, dia sengaja reka cerita negatif pula mengenai saya kepada orang lain dan cerita itu sampai balik kepada saya.
Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati. Tapi dia menolak dan cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing masing berada dalam industri yang sama.
Semakin saya berdiam diri semakin menjadi jadi jadi pula sikapnya. Kenapa perlu dia (Zizan) membuat onar sebegitu. Tolonglah. Jika saya tak ganggu orang, kenapa pula ada yang nak ganggu kita. Mudah sahaja kitaran hidup ini.
Selama ini saya tak dedahkan perangai atau keburukannya. Tapi saya tahu mungkin ramai yang tahu dia bagaimana. Saya sendiri tak faham apa motif permainannya. Kalau di pihak yang benar kenapa perlu takut dengan bayang bayang sendiri.
Nampaknya Emma Maembong sudah tidak tahan dengan perangai Zizan Razak yang terus menganggu hidupnya walaupun mereka sudah tiada apa-apa hubungan. Fuh!!! Tertunggu-tunggu juga jika Emma akan membuat pendedahan tentang sikap sebenar Zizan. Pasti ia akan mengejutkan para peminat. Namun diharap agar masalah ini dapat diselesaikan secara baik tanpa memburukkan mana-mana pihak. Masing-masing mencari makan dalam industri yang sama. Bawa berbincang dan duduk elok-elok. Selesaikan sebelum ia menjadi lebih besar. Tak gitu? Sumber Berita Harian.