Isu curang dengan pasangan memang menjadi topik bualan paling hangat masyarakat kita terutamanya di laman media sosial.
Selebriti juga tidak dapat lari daripada tahu dan memberi respon tentang isu ini selepas beberapa artis tanah air terpalit dengan kontroversi curang.
Begitu juga Che Ta, yang sempat memberikan nasihatnya kepada kaum wanita di luar sana agar tidak terlibat dengan isu curang atau hubungan sulit.
Jangan dengar luahan hati suami orang
Menerusi TikTok, Che Ta membahaskan tentang hal itu secara terbuka dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Aktres berusia 51 tahun itu menasihati para wanita untuk tidak menjadi punca dan mengganggu hubungan suami isteri meskipun sahabat sendiri.
Kalau ada suami orang nak mengadu, jangan dengar. Dia sebenarnya bukan nak mengadu masalah dia, dia nak menggatal.
Jaga jaga dengan suami orang yang suka menggoda
Tidak hanya menyalahkan wanita, Che Ta turut menasihati wanita agar lebih berhati-hati dengan golongan lelaki berstatus suami orang yang suka menggoda.
Kata Che Ta, wanita perlulah mengambil tindakan menjauhkan diri dan mengelak dari awal agar terlibat dalam isu curang atau hubungan sulit dengan suami orang.
Tak payah nak selamatkan rumah tangga dia. Selamatkan diri daripada jantan gatal macam tu. Kalau jumpa suami orang dengar ular, ketuk dulu suami orang tu. Itu semua punca.
@rozitachewan1 Pesanan khidmat ni utk anak anak daqa yg tak mau terjebak dgn laki org na 🤗🤗🤗🤗. Dan hat mana yg nk galaih handbag2 yg che ta nk bagi ni lekaih grab 2 set cekang jelita 🤗 . #fyp #cheta #rozitachewan #cekangjelita #serumcheta #rcw #chloe #valentino ♬ original sound – ROZITA CHE WAN