Melalui laporan Harian Metro, Biduaniti Negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza berpendapat jihad selebriti wanita menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla menghantar bantuan ke Gaza, Palestin tidak sepatutnya dipertikaikan.
Perjuangan Zizi & Ardell perlu wajar disokong
Menurut Siti atau nama sebenar, Siti Nurhaliza Tarudin, tindakan Zizi Kirana dan Ardell Aryana menyertai misi tersebut seharusnya dihormati atas dasar perjuangan menyampaikan bantuan kepada saudara Islam di Palestin.
Setiap orang ada perjuangan. Kadang-kadang perjuangan setiap orang ini berbeza. Saya percaya setiap perjuangan mesti dapat izin. Kalau suami dia izinkan, saya rasa suami dan keluarganya lebih mengetahui.
Dalam pada itu, penyanyi negara itu juga merasakan orang luar tidak memahami hal yang dilalui oleh mereka.
View this post on Instagram
Doakan yang terbaik
Kadang-kadang susah kita hendak cakap kerana risau jadi fitnah. Kita tak boleh pergi, macam mana mereka pergi. Kita yang mampu pun tak boleh buat apa yang dia buat.
Tambahannya lagi, usaha dua selebriti itu menyertai misi kemanusiaan ini wajar diberikan sokongan sepenuhnya.
Jadi kita di Malaysia doakan sahaja yang terbaik. Itu lebih afdal bagi saya daripada kita pertikaikan tindakan mereka. Hanya Allah sahaja boleh lindungi mereka.