Youtuber dan pensohor media sosial, Isa Isarb tampil memberi penjelasan setelah dakwaan dia membeli sebuah banglo mewah telah disangkal oleh sesetengah pihak.
Difitnah menipu beli rumah
Ujar Isa, dia mengakui hanya menyewa banglo mewah itu kerana banyak proses yang perlu dilalui sebeli ia menjadi hak miliknya.
Kalau kita beli satu rumah, lepas itu kita nak masuk awal. Proses banking belum selesai lagi tapi kita nak masuk awal. Jadi, apa yang kita buat adalah kita minta dekat owner lama.
Cakap ‘saya nak masuk dulu dan saya bayar sewa dekat awak. Awak (Ishaq) patutnya bukan hubungi ejen hartanah yang tengah cuba menjual rumah ini. Sekarang cuba awak pergi semak iklan di satu Malaysia.
Katanya lagi, individu itu telah memfitnah dirinya dan orang ramai telah menganggap dia sebagai seorang yang penipu dan nampak jahat.
Sewa bulanan hampir mencecah RM45,000 sebulan
Malah, Isa turut mendedahkan dia membayar sewa banglo tersebut sebanyak RM20,000 berserta kos penyelenggaran hampir RM10,000 sebulan.
Saya pelik sebenarnya, kalau sewa pun apa masalah dengan awak? Untuk maklumak awak, saya sewa pun RM20,000, maintenance RM10,000 termasuk aircond 40HP, landskap, kolam renang, kolam ikan dan segalanya.
“Apa point awak viralkan saya? Untuk apa sebenarnya? Ini rumah subsale, proses jual beli tengah berjalan. Saya boleh masuk awal tapi kena bayar sewa dekat pemilik lama. Sekarang ni awak dah viralkan saya. Macam mana?” ujarnya lagi.
Terdahulu, pensohor media sosial itu memaklumkan bahawa dia berjaya membeli sebuah rumah banglo mewah bernilai RM9.7 juta. Namun, seorang individu yang bergelar pelabur hartanah mendakwa dia hanya menyewa dan bukan membelinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.