“Kalau Setiap Hari Bawa Bella Datang Sekali, Baik Kahwin Dulu Lah..” – YB Syed Saddiq Dah ‘Berani’ Cakap Soal Nikah?

Kehidupan

“Kalau Setiap Hari Bawa Bella Datang Sekali, Baik Kahwin Dulu Lah..” – YB Syed Saddiq Dah ‘Berani’ Cakap Soal Nikah?

Siapa sangka, lawatan mesra Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ke kawasan penduduk baru-baru ini bertukar menjadi tumpuan ramai apabila muncul soalan “hot” tentang kehadiran Bella Astillah.

Dalam satu klip video sesi siaran langsung, Saddiq dilihat beramah mesra dan menghulurkan bantuan kepada penduduk setempat di Muar, Johor. Namun, apa yang mencuri perhatian adalah soalan daripada sekumpulan warga emas yang ternanti-nanti kelibat penyanyi dan pelakon terkenal itu.

Advertisement

Dengan selamba dan penuh bersahaja, Saddiq memberi jawapan yang membuat ramai tersenyum.

Hari ini saya datang seorang. Kalau setiap hari bawa dia (Bella) datang sekali, baik kahwin dulu lah.

Gurauan spontan itu ternyata mencuit hati warga maya. Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan reaksi teruja dan menyokong ‘hubungan mesra’ yang sering dikaitkan antara kedua-dua figura popular ini.

Alhamdulillah terbaik la YB cepat kahwin lagi baik, itu yang kami harapkan, kami sayang YB dan Bella.

Bukan orang Muar je suka YB bersama Bella. Kami semua ni tak sabar YB kahwin dengan Bella.

Sebelum ini, desas-desus mengenai hubungan rapat Saddiq dan Bella Astillah kerap menjadi buah mulut warganet susulan beberapa kemunculan bersama di acara dan lokasi tertentu. Tapi adakah gurauan YB itu petanda atau sekadar ‘banter’ politik semata?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-07-15 12:38:34

"Apa Salah Diyana Tahir Buka Baju Dan Menari Eksotik Di IDCC?" - Hantaran Pengikut Taksub eHati Jadi Tumpuan Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...