Setiap insan didalam dunia mahu bercinta dan mempunyai teman istimewa, begitu juga dengan pelakon Elfira Loy yang sudah sedia untuk merasa apa itu cinta dan mendirikan rumah tangga. Namun, Elfira masih belum bertemu dengan lelaki yang betul-betul sesuai dengan dirinya.
Elfira berpendapat, jika seseorang lelaki itu betul-betul serius mereka boleh terus memasuk meminang beliau.
Saya sentiasa bersedia untuk ke fasa seterusnya dalam kehidupan tetapi sehingga kini belum ada lelaki yang sesuai dan benar-benar serius untuk ke arah itu. Pada saya kalau lelaki itu betul-betul serius inginkan saya, mereka boleh terus masuk meminang kerana saya bukan seorang yang suka bercinta-cinta.
Aktif dalam bidang perniagaan tidak bermaksud Elfira melupakan keinginan beliau untuk ada teman istimewa didalam hidupnya.
Ramai orang cakap saya terlalu kerja kuat untuk kejar duit hingga tidak mahu bercinta. Tapi cinta tidak akan datang pun kalau saya duduk sahaja di rumah, lebih baik saya bekerja.
Kalau hendak bercinta kena pilih seseorang yang betul-betul sesuai dengan diri kita. Iyalah, bercinta ini ada baik dan buruknya, kalau salah langkah boleh menderita juga. Apa-apa pun, kami harap satu hari nanti Elfira bertemu dengan jodoh yang tepat buat dirinya.