“Kalau Saya Tiada, Dialah Pengganti..” – Zizi Kirana Titip Pesanan Penuh Emosi

Hiburan

“Kalau Saya Tiada, Dialah Pengganti..” – Zizi Kirana Titip Pesanan Penuh Emosi

Penyanyi dan juga aktivis, Zizi Kirana sebelum ini ada menitipkan pesanan penuh emosi buat adiknya, Nurul Nazielah yang pada ketika ini ditahan di perairan laut antarabangsa dalam perjalan menuju ke Gaza.

Dalam beberapa hantaran di Instagram, Zizi menitipkan pesanan itu sebelum konvoi memasuki zon kuning.

Advertisement

Zizi kirana

Ini adik perempuan saya, anak kedua selepas saya. Jika apa -apa berlaku kepada saya, dialah yang akan menggantikan tempat saya sebagai kakak sulung.

Kakak Ela, terima kasih kerana sentiasa ada sejak kecil. Kita tak pernah bergaduh, malah kalau berpisah sekejap pun pasti akan menangis.

“Saya Tak Tidur, ‘Last Contact’ Jam 1.40 Pagi Tadi” – Yusuf Bahrin Kongsi Detik Terakhir Bersama Zizi Kirana Sebelum Ditahan

Jaga diri kamu dan keluarga kita dengan baik. Jadi contoh terbaik untuk adik-adik kita serta tolong jaga ibu.

Berilah kasih sayang tanpa syarat kepada ibu dan adik-adik. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu semua dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Kakak sangat menyayangi kamu.

Perkembangan terkini, Zizi Kirana dilaporkan telah ditangkap tentera Israel setelah dipintas ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza bagi menghantar sumbangan makanan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Yusuf bahrin zizi kirana
2025-10-02 08:41:39

"Saya Tak Tidur, 'Last Contact' Jam 1.40 Pagi Tadi" - Yusuf Bahrin Kongsi Detik Terakhir Bersama Zizi Kirana Sebelum Ditahan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...