June 11th, 2015

Majlis perkahwinan pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berlangsung dengan cukup meriah dan ramai yang mengucapkan tahniah buat pasangan sweet ini. Namun, ada satu perkara yang hangat diperkatakan iaitu tentang hantaran yang diterima oleh Hanis berjumlah RM 91,019.

Mengapa kami cakap isu ini hangat?  Ada beberapa pihak yang telah mempertikaikan kemampuan Hairul untuk memberikan jumlah hantaran yang cukup besar kerana Hairul tidaklah begitu popular dalam industri hiburan setaraf dengan artis lain.

Sedar akan perkara tersebut, Hairul dalam satu kenyataan kepada akhbar Harian Metro mengakui merasa terkilan apabila segelintir pihak mempersoalkan jumlah  wang hantaran yang diberikan kepada Hanis.

Saya tidak faham apabila ada segelintir pihak mempersoalkan wang hantaran dan majlis pernikahan saya sedangkan tetamu yang hadir semuanya gembira. Apa juga perbelanjaan yang diperuntukkan untuk majlis saya dan Hanis adalah hasil kerja keras saya.

Berapa pun jumlahnya mestilah dalam kemampuan saya. Jadi, kenapa harus pertikai. Apa yang saya belanjakan adalah hadiah ikhlas buat isteri dan keluarga. Kalau saya tak mampu takkanlah saya berani mengeluarkan belanja sebesar itu.

Hairul meminta agar perkara tersebut tidak lagi diperbesarkan dan berharap peminat dan orang ramai mendoakan yang terbaik buat isterinya.

Doalah yang baik-baik buat dan Hanis, itu lebih molek daripada membangkitkan isu yang tidak perlu.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sah menjadi suami isteri pada hari Jumaat, tanggal 5 Jun 2015 didalam satu majlis yang diadakan di rumah Hanis. Jumlah RM 91,019.90 sebagai simbolik kepada tarikh lahir isteri kesayangannya itu pada pernikahan mereka.

 

 


Comments are closed.

Loading...