Pelakon Eyka Farhana mencuri perhatian di Threads apabila berkongsi rasa syukur dengan kehidupan berumah tangga yang kini dijalaninya bersama suami.
Tulsinya,
Kalau saya tahu manisnya berkahwin, dah lama saya kahwin. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Saya doakan semoga yang belum berjumpa jodoh akan jumpa jodoh yang terbaik untuk anda,.
Dalam perkongsian sama, Eyka turut berpesan kepada semua agar sentiasa mendoakan perkara baik untuk diri sendiri mahupun orang lain. Katanya, doa yang baik mampu membawa kebaikan kembali kepada diri sendiri.
Dalam hidup ni kena doa yang baik-baik untuk yang lain so that benda yang baik akan datang kepada kita. Even awak tak kenal each other, tapi mendoakan yang baik-baik tu salah satu cara bagi kebaikan datang balik pada kita.
Menurut Eyka, kebelakangan ini dia melihat terlalu banyak orang mendoakan perkara yang tidak sepatutnya di media sosial. Justeru, dia mengingatkan bahawa kata-kata juga adalah doa, maka lebih baik memilih untuk menyebarkan kebaikan.
So always keep in mind, always being nice to people and always keep saying a good thing about yourself and people.
Perkongsian Eyka itu menerima pujian peminat yang menganggapnya bukan sahaja sebagai pelakon berbakat, tetapi juga contoh selebriti yang membawa mesej positif kepada masyarakat.