“Kalau Saya Salah Tafsir, Apatah Lagi Rakyat Malaysia..” – Erma Fatima Tampil Perjelas Isu Berita ‘Hot Daddy’ Guna Istilah ‘Pelakon’

Hiburan

“Kalau Saya Salah Tafsir, Apatah Lagi Rakyat Malaysia..” – Erma Fatima Tampil Perjelas Isu Berita ‘Hot Daddy’ Guna Istilah ‘Pelakon’

Pelakon dan penerbit terkenal, Erma Fatima tampil memberi penjelesan berkenaan kenyataan yang pernah dikeluarkan olehnya yang tidak setuju dengan penggunaaan istilah ‘pelakon’ dalam berita Hot Daddy yang sempat tular baru-baru ini.

Orang salah tafsir

Berdasarkan kenyataan Erma, dirinya berkata istilah tersebut tidak patut digunakan dalam berita yang berkaitan perkara negatif kerana tidak mahu rakyat Malaysia yang melihat akan salah faham erti pelakon itu.

Advertisement

Yang menyebabkan saya teruja untuk membuat kenyataan adalah apabila tajuk tersebut ditulis ‘pelakon’, mungkin yang dimaksudkan mereka adalah aksi-aksi individu yang berada di dalam video tersebut.

 

Saya rasa tak boleh lah panggil mereka ‘pelakon’, orang boleh salah tafsir. Kalau saya pun salah tafsir apatah lagi masyarakat di Malaysia, itu yang tak best.

@melodiberapi  #meloditv3 #ermafatima #komenpelakonlucah ♬ original sound – Melodi tv3

Salah tetap salah

Bukan itu sahaja, pengarah ini turut dibidas netizen selepas kenyatannya itu kerana kontroversinya dahulu berkaitan babak tidak sopan yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dalam drama Perempuan Itu arahannya.

Namun, menurut Erma, dirinya tidak terasa hati dan menerima teguran yang diberikan. Katanya, meskipun dia pernah melakukan kesalahan, tidak bermaksud dia tidak layak untuk menegur salah orang lain, ulasnya.

Takkan tak boleh nak tegur kalau benda salah. Janganlah kerana saya tegur benda salah, nak cari balik salah saya.

 

Bila drama tersebut ditegur, kami tak melenting pun. Apa yang ditegur itu kami anggap betul dan memang selayaknya ditegur. Malahan saya juga tidak bersetuju dengan aksi itu.

Sebelum ini, Erma menyatakan rasa kurang senang apabila media tempatan menggunakan nama ‘pelakon’ dalam berita kesalahan pengiklanan khidmat persundalan di media sosial kerana tidak mahu mencemarkan nama baik anak seni dalam industri tersebut.

ustaz adnin
2 months ago

Ustaz Adnin Kecewa, Tegur Masyarakat Yang Sanjung 'Hot Daddy' - "Korang Dah Hilang Malu Ke? Dah Hilang Iman Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...