Masih lagi hangat diperkatakan mengenai kontroversi Nur Sajat yang kini sedang menjalani ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakannya.
Semalam, viral foto Sajat dan dua orang rakannya ketika di lapangan terbang lengkap dengan memakai jubah lelaki dan tidak mengenakan tudung.
Difahamkan, dia pergi ke Tanah Suci sebagai jemaah lelaki, namun apabila tiba di Makkah dia mengubah semula penampilannya menjadi seorang wanita. Memakai jubah labuh, tudung dan purdah.
Tindakan Sajat itu menimbulkan amarah netizen yang menyifatkannya seakan mempersendakan agama. Hal seperti ini memang sangat mengecewakan, tindakan “mak nyah” atau apa sahaja gelaran mereka menjejakkan kaki ke tempat suci bukanlah satu perkara main-main.
Kalau persenda agama, pasti dah dapat bala
Menjawab kecaman netizen, Sajat menafikan dia sengaja mempermainkan agama. Sekiranya benar dia buat begitu, pastinya Allah SWT sudah menurunkan bala terhadapnya yang kini berada di Tanah Suci Makkah. Pasti dia sudah mendapat balasan.
Buat apa pakai tudung awal-awal
Sajat turut menjawab persoalan netizen mengenai penampilannya sebelum ke Makkah yang memakai jubah lelaki.
Terdahulu, rata-rata netizen meminta agar pihak berwajib mengambil tindakan terhadap Sajat. Tidak boleh memandang remeh isu ini agar tidak lagi mencetuskan kekeliruan dan fitnah.