Pendakwah selebriti, PU Riz tampil berkongsi mengenai cara-cara dia menegur ahli keluarganya ke arah kebaikan.
Suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu berkata, dia mengambil pendekatan menegur mereka secara peribadi dan tidak keterlaluan.
Ramai yang komen, tak tegur ke? Kalau saya nak tegur pun, saya takkan beritahu semua orang.
Diri saya ini dari dulu sehingga sekarang, saya tak sentuh ‘personal’ seseorang secara berlebihan. Pernah sekali saya buat, itu pun saya sudah minta maaf kepadanya.
Perkara itu dikongsikan PU Riz ketika dia memenuhi jemputan temubual The Amin Idris Show di YouTube.
Saya berpendapat, apa sahaja yang salah, takkan kita diamkan. Pada keluarga saya dan mentua pun begitu tetapi adakah kita nak bertindak sebagai seorang yang pemarah?
Kita beritahu secara nasihat. Sampai bila nak nasihat? Sampai mati kita beri nasihat.
Dia dalam pada itu turut menyarankan agar orang ramai di luar sana untuk tidak berlebihan dalam memberi teguran kepada orang lain andai ada khilaf yang dilakukan mereka.
Saya rasa sesiapa sahaja nak buat konten tentang orang lain, terserah tetapi hati-hati dalam percakapan.
Jangan melampau, jangan berlebihan macam dia adalah pendosa yang tidak boleh dimaafkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.