Susulan tindakan membuat gurauan minta nombor telefon seorang pelajar tingkatan enam dalam satu program, Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim digesa mohon maaf.
Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz membuat ciapan minta agar Anwar dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka kerana kelakuannya itu memberi imej negatif sebagai seseorang yang mempunyai pangkat di mata masyarakat.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sewaktu beliau menghadirkan diri ke program Temu Anwar.
Kebanyakan lelaki lanjut usia akan menganggap ini hanya sebagai gurauan. Wanita berhadapan dengan ‘gurauan’ ini hampir setiap hari.
Kata Amira lagi, cukup sekadar Anwar memuji pencapaian pelajar perempuan tersebut jika benar berasa kagum dan tidak perlu menyentuh soal rupa.
Sekadar info, Perdana Menteri tersebut telah memuji pelajar perempuan bernama Adriana itu kerana kepetahannya bercakap sewaktu mengemukakan soalan dengan tersusun.