“Kalau Saya Kongkong, Dia Tak Boleh Berlakon” – Fattah Amin Nafi ‘Kawal’ Kehidupan Fazura Sebagai Isteri

Hiburan

“Kalau Saya Kongkong, Dia Tak Boleh Berlakon” – Fattah Amin Nafi ‘Kawal’ Kehidupan Fazura Sebagai Isteri

Pelakon Fattah Amin menafikan dia bertindak mengongkong kehidupan isteri, pelakon Nur Fazura setelah mereka mendirikan rumah tangga.

Kata Fattah, normal bagi seorang isteri untuk memohon keizinan dan restu suami sebelum berbuat sesuatu.

Advertisement

Bagi pendapat saya, sangat normal bagi suami isteri memberi nasihat antara satu sama lain. Dalam Islam, isteri harus memohon izin suami dalam segala hal, bukan dalam konteks kawan, tapi dalam apa juga hal sekalipun.

Ujarnya lagi, dia sebagai suami tidak ‘mengawal’ Fazura apabila menentukan dengan siapa dia boleh berkawan.

Kalau saya kongkong isteri, pastinya dia pun tak boleh keluar menjalani penggambaran. Sebagai suami, sudah tentu saya kena ambil tahu dengan siapa isteri saya berkawan dan sebaliknya juga.

@mstarmalaysia

Fattah ambil tahu dengan siapa Fazura berkawan tapi tak kongkong isteri… “Perlu minta izin untuk keberkatan” #sembangentertainment #mstar #fattahamin #fazura

? original sound – mStar Official – mStar Official

Bagi saya konsep ini normal dalam konteks keluarga dan hubungan suami isteri. Kita sebagai orang Islam sebenarnya faham, cuma kita jangan mensensasikan perkara itu sehingga nampak macam negatif.

Terdahulu, Fazura tampil menjawab dakwaan ‘perang dingin’ yang dibangkitkan Neelofa dan mendakwa dia lebih mengutamakan keizinan suami dalam berkawan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fazura neelofa
6 months ago

"Tidak Berkawan, Tidak Bererti Memusuhi" - Nur Fazura Beri Respon 'Permintaan' Neelofa Untuk Tamatkan Perang Dingin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...