Kalau Saya Kayu Dan Hina, Kenapa Beri Tawaran Berlakon? – Aliff Syukri

Hiburan

Kalau Saya Kayu Dan Hina, Kenapa Beri Tawaran Berlakon? – Aliff Syukri

Menerima kritikan daripada pengarah dan beberapa pelakon senior tanah air kerana sikapnya yang dikatakan cepat melenting, tidak boleh menerima kritika dan tidak mempunyai bakat dalam lakonan, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf sekiranya keputusan beliau untuk menceburi bidang seni tidak disenangi ramai.

Advertisement

Aliff juga  menjelaskan beliau tidak pernah menggunakan kekayaan yang beliau anda untuk meraih populariti dan mengeluarkan duit menghasilkan filem Badang.

Untuk pengetahuan semua, saya tidak keluarkan duit sesen pun untuk filem ini. Malah saya menerima bayaran sebagai pelakon seperti pelakon yang lain. Itu sahaja. Saya bukan penerbit, saya bukan pengarah, saya tak bayar apa pun untuk filem ini.  Saya hanya pelakon sahaja.  Jadi tidak wajar jika saya seorang yang kena.

Pada masa yang sama, Aliff turut mempersoalkan mengapa beliau diberikan tawaran berlakon sekiranya beliau tidak mempunyai bakat seperti yang dikatakan oleh netizen.

Setakat ini saya sudah berlakon enam buah drama. Kemudian saya juga dicalonkan untuk Artis Lawak MeleTOP, Realiti Show MeleTOP.Jadi, adakah itu bermakna saya tidak punya bakat? Kenapa juga sebelum ini tak ada pula orang mempertikaikan bakat lakonan saya. Seolah-olah saya ini kayu, macam saya ini hina sangat.Penghinaan itu melampau-lampau.

Meskipun menerima pelbgai kecaman, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat Aliff untuk terus berlakon lagi. Beliau akan tetap menerima tawaran lakonan cuma akan lebih berhati-berhati. Tahap keyakinan Aliff ini memang tinggi bukan?

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...