Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kalau Saya Isteri Pertama, Kedua Atau Ketiga Pun, Saya Tak Rasa Saya Buat Salah” – Miera Liyana Tak Kisah Persepsi Netizen

miera liyana tidak kisah persepsi netizen

Meskipun baru sahaja berumah tangga, namun Miera Liyana ternyata tak mampu melalui fasa kehidupan yang baru itu dengan tenang dek buah mulut netizen yang tak berhenti membuat spekulasi.

Pun begitu, Miera mengakui tidak kisah dengan tanggapan orang terhadap dirinya malahan meminta orang ramai supaya mendoakan masjid yang baru dibina pada 26 Julai lepas.

Advertisement

“Saya tak kisah dikatakan isteri pertama kah, kedua kah atau ketiga kah. Kalau saya isteri pertama kah, kedua kah atau ketiga kah, saya tak rasa saya buat salah.”

miera liyana tidak kisah persepsi netizen

Tambahnya lagi, tiada apa-apa yang disembunyikan olehnya memandangkan dia langsung tidak kisah memanggil rakan media ke majlis persandingannya untuk sama-sama meraikan hari bermakna tersebut.

Pelakon wanita itu turut meluahkan rasa hairan kenapa isu poligami sering digembar-gemburkan di Malaysia ini.

“Kalau poligami saja yang isteri kedua jahat, yang ketiga jahat, pertama pun jahat. Macam dalam drama pula.”

Advertisement

Pun begitu, Miera menyatakan bahawa dia tidak mahu mengiyakan mahu pun menafikan kenyataan tersebut kerana tidak mahu memperbesarkannya lagi.

miera liyana tidak kisah persepsi netizen

Bayangkan tak sampai 24 jam menjadi suami dan isteri, sudah ramai yang membuat andaian sendiri mengenai perkahwinan mereka. Malah Miera akui bahawa dia berasa tertekan dek telahan tidak berasas orang ramai itu.

“Sebagai orang yang baru kahwin tiba-tiba di sosial media orang bercakap sebegitu tentu saja saya terasa. Sebab selepas kahwin orang nak yang indah-indah, tapi saya kena kecam itu yang saya terkejut.”

Pelakon itu juga menggunakan kesempatan ini untuk menafikan segala tuduhan liar yang terpalit ke atas dirinya dan suami disebabkan oleh perkahwinan mereka ini.

“Apa yang saya nak betulkan adalah kebanyakan orang cakap saya dengan suami kahwin atas dasar hubungan syarikat keluarga, kahwin bukan sebab diminta bapa, Roslan anak tujuh dan 10, semua tu tak betul.”

miera liyana tidak kisah persepsi netizen

Apa pun, semoga Miera Liyana dan suami bahagia melalui lembah hidup yang baru ini.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Ecah

    August 26, 2020 at 10:13 am

    Maafkanku dan semua orang, maafkan semua para isteri. hanya doakan. Semoga semua orang bahagia, kuat, gembira, berjaya dan kaya kesabaran..

  2. Ecah

    August 26, 2020 at 9:48 am

    Apapun semoga berjayalah dlm perkahwinan.. semua orang ygberkahwin dengan sendiri boleh rasa.. kesan perkahwinan yg dilihat orang..samada istidraj atau mendapat rahmat tuhan.. cinta2 ni sekejap je. Org yg lama kawen pon cinta beralih arah.. bila lelaki punya kuasa, pangkat dan harta. Diuji datangnya wanita.. habis terbang iman.. lupa pada siapa dibelakangbya. Lupa dia sihat, berharta berkat didoakan oleh isteri pertama dan anak2.. moga berjaya dlm menjaga ego, cemburu dan berlaoang dada dlm perkahwinan. Wanita yg solehah hiasan dunia yg terbaik.. semoga semua isteri yg dicurangi tabah, kuat dan mendapat ganti yang lebih baik

  3. Ecah

    August 26, 2020 at 9:39 am

    Isteri pertama solehah
    Yg kedua ni toleh2 je lah.. abis semua tunjuk. Baju nipis, ketat sendat. Berkemban.
    Yg si suami pulak umur 40an patutnya lebih dekat dengan tuhan. Yg malu, segan, murung, sedih, kecewa tentulah isteri pertama dan anak2. Anak2 tentu terasa..dah dekat sebaya.. beza tahun sikit kot. Ntah camnala time pkp boleh pulak sibuk nak kawen. Agaknya boring ngadap bini dah tua, boring ngadap anak2 kat rumah. Cinta hati baru tak jumpa sbb lockdown.. tamat pkp apalagi berkobar2 nafsu nak kawen baru.. begitula lelaaki.. 4 tahun bercinta.. sadiss betul

  4. putihkaseh

    August 24, 2020 at 1:16 pm

    memang ko x kisah sebab ko ambil org punya tapi cuba org ambil ko punya, mesti ko kisah

  5. watever

    August 24, 2020 at 10:34 am

    sukati ko lah…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top