Pelakon Halim Radzi tampil memberi respon mengenai dakwaan ruamh tangganya bersama pelakon jelita, Sharifah Husna kini berantakan.
Halim,29, berkata dia lebih selesa mengunci mulut bagi menjaga privasi perkahwinan mereka berdua.
Malah, dia juga enggan ambil peduli akan tanggapan netizen di luar sana.
Saya kalau boleh tak nak kongsi dan tak mahu komen apa-apa mengenai perkara ini. Memang saya jaga privasi rumah tangga saya.
Biarlah mereka nak cakap apa pun, sebab kalau saya bercakap sekali pun tiada kesan. Jadi saya pilih untuk berkongsi.
Terdahulu, spekulasi rumah tangga bergolak pasangan itu mula timbul apabila aktres itu memuat naik video memperlihatkan dirinya sedang menahan air mata, seperti kesedihan.
Dia juga menulis kapsyen seperti berdepan masalah selain kedua-duanya juga didapati sudah tidak mengikuti akaun media sosial masing-masing.
Halim dan Husna mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022 yang lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.