Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad mendedahkan terdapat individu jijik yang tergamak melakukan onani terhadap gambar isterinya.
Katanya, berita itu diterima ketika dia kurang sihat dan dalam fasa sedang berehat namun Hafiz berkata dia enggan menyerang individu berkenaan meskipun marahnya membuak-buak.
Pelaku masih muda
Meskipun isterinya, Syafiqah Aina menjadi tempat pemuas nafsu individu tersebut di aplikasi Twitter, Hafiz bagaimanapun tidak melatah sebaliknya mencari maklumat tentang lelaki berkenaan.
Kata Hafiz, dia kemudian mendapat informasi termasuklah alamat rumah dan kad pengenalan si pelaku yang katanya masih muda usianya.
Macam macam saya fikir nak buat seperti buat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang. Tapi bila lihat IC dia, dia masih muda. Kalau saya buat apa saya fikir nak buat, mungkin masa depan dia hancur, malu keluarga dia.
Hanya mahu tiga perkara
Hafiz kemudian berkata dia hanya mahukan tiga perkara daripada individu berkenaan iaitu yang pertama, datang berjumpanya di pejabat dan minta maaf pada Aina di depan matanya.
Saya tidak rakam video atau muat naik sebarang hantaran. Kedua, saya nak awak telefon ibu awak depan saya, mohon maaf padanya. Tak perlu cerita apa salah awak. Jika dua perkara ni awak boleh buat, saya akan beri tiket umrah. Pergilah ke sana.
Menerusi video yang sama, Hafiz turut menjawab beberapa dakwaan dan kutukan yang dilontarkan terhadapnya baru-baru ini oleh warganet di media sosial.
View this post on Instagram