Sebelum ini, pelakon, Sharnaaz Ahmad memaklumkan bapanya, Basir Ahmad telah meninggal dunia pada 27 November yang lalu.
Baru-baru ini, pelakon itu memuat naik foto arwah bapanya di akaun Instagramnya, meluahkan rasa rindu terhadap arwah.
Menerusi ruangan kapsyen, Sharnaaz berkata ada masa dia masih berharap dia menerima panggilan telefon daripada arwah bapanya.
Sharnaaz memberitahu kehilangan bapa tersayang ini bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dia terima.
Tidak mahu dilihat lemah, pelakon itu berkata dia cuba mencari jalan untuk menghilangkan kerinduan dengan bekerja keras sejak 40 hari bapanya meninggal dunia.
Dah 40 hari papa tinggalkan kami, saya kerja non stop everyday tapi bila dah habis ni, susah pa.
Dihujung kapsyen, dia terkenang kenangan manis bersama arwah bermain layang-layang di depan rumah mereka.
Pa, kalau saya boleh putar balik masa, boleh tak kita main wau (layang-layang) sekali lagi depan rumah macam dulu? Sekali pun jadi lah pa.
View this post on Instagram
Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata berharap Sharnaaz akan terus tabah dan kuat untuk menghadapi hari yang mendatang.