Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah tampil mempertahankan diri gara-gara sering dikecam kerana pernah dikecam terlampau seksi di media sosial.
Ifa yang kini sibuk menguruskan perusahaan karnival hari raya Starvendor bersama rakan -rakan industri berkata, dia mempunyai niat untuk memakai tudung namun masih belum tiba masanya lagi.
View this post on Instagram
Bab ini susah mahu jawab. Mungkin belum sampai waktu. Saya tahu, memakai tudung adalah wajib, tetapi itu antara saya dengan tuhan. Doakan saya.
Katanya lagi, terlalu ramai netizen yang suka mengambil ‘kerja tuhan’ dan merasakan tiada sesiapa mempunyai hak untuk menghukum manusia yang lain selain menganggap hanya Allah S.W.T yang tahu akan keikhlasan hati seseorang.
Sampai satu masa nanti, bila saya pakai tudung, jangankan setakat dada, mata pun saya akan tutup. Saya akan berubah sedrastik itu. Tetapi hanya tuhan sahaja yang akan menggerakkan hati saya.
Dia dalam pada itu memberitahu bahawa segala teguran yang diterimanya dengan hati yang terbuka namun tidak perlu sampai menghina.
“Tetapi kalau tegur sehingga seolah-olah ada cop mohor masuk syurga, itu tak boleh. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kelak. Doakan sahaja yang baik-baik untuk orang lain” ujarnya lagi.