Terbaharu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi gambaran kepada penduduk Malaysia bahawa masih ada harapan untuk umat Islam menyambut Aidilfitri sekira berlakunya penurunan kes COVID-19 dalam negara.
Menurut Khairy atau lebih mesra dikenali sebagai KJ, negara Malaysia mampu untuk menguruskan gelombang Omicron seandainya tiada peningkatan kes kematian ataupun penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU).
Oleh kerana itu, beliau meminta agar orang ramai menjalankan peranan masing-masing dengan membuat ujian kendiri COVID-19 jika ada simptom dan segera dapatkan dos penggalak susulan kes semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Fully into Omicron wave. Kes akan mencecah 15k tidak lama lagi. Masih ada 1 juta warga emas yang tiada dos penggalak. Tolong maklum kepada orang2 tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera. https://t.co/IAejbJNrHO
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) February 6, 2022
KJ berkata sedemikian ketika sesi sidang media yang dilakukan pada petang, Isnin tadi dan dalam itu, beliau turut berkata Malaysia kembali mencatat jumlah kes positif lebih dari 10,000 kes positif sejak semalam.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.