Sedia maklum, nama pelakon, Ben Amir baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas tular dakwaan mengatakan dirinya tinggal sebumbung dengan kekasihnya di Pulau Siargao, Filipina.
Niat nak menegur tapi sedar sedikit kasar..
Tindakan tersebut telah membuatkan ramai peminat meluahkan rasa kecewa dan terbaru, seorang individu di Threads tampil memohon maaf kerana mendedahkan mengenai perbuatan haram yang dilakukan oleh aktor terbabit.
Biarpun niat hanya menegur secara baik, tetapi individu tersebut mengakui caranya memberi nasihat agak kasar.
Kalau rasa tenang dan happy dengan tinggal berduaan dan bermaksiat ke sana sini, terpulanglah.
Perbuatan duduk serumah tetap haram
Bagaimanapun, wanita berkenaan tetap pendirian dengan mengatakan perbuatan yang dilakukan oleh Ben Amir memang haram walaupun melakukannya di luar negara.
Meninjau di ruangan komen, ada yang menyatakan teguran itu seharusnya ditujukan kepada Ben Amir, memandangkan dia seorang Muslim tetapi wanita ini berpendapat, kekasihnya juga perlu ditegur kerana memuat naik perbuatan tersebut secara terang-terangan.