“Kalau Rasa Ada Masalah Mental, Seniman Sedia Menyediakan Pakar Psikologi” – Ini Kata Zed Zaidi Untuk Aliff Aziz

Hiburan

“Kalau Rasa Ada Masalah Mental, Seniman Sedia Menyediakan Pakar Psikologi” – Ini Kata Zed Zaidi Untuk Aliff Aziz

Disebabkan kes tangkap khalwat yang berlaku terhadap pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies, baru-baru ini, ramai pihak yang memberi pandangan mereka mengenai sikap Aliff yang didakwa tidak berubah sejak dahulu lagi.

Zed Zaidi bersuara

Tidak terkecuali, sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi menyifatkan aktor tersebut mengalami masalah psikologi dan sedia membantu seandainya diperlukan.

Advertisement

Zed Zaidi berkata sedemikian kerana melihat ‘sejarah hitam’ Aliff sebelum ini, dia tidak pernah dapat ‘melarikan diri’ dari terpalit dalam kes curang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Daripada sudut kronologi tentang sikap dia, dah banyak kali perkara sama berulang. Abang lihat dia lebih kepada masalah diri sendiri, bukannya masalah industri.

Persatuan Seniman Malaysia belum ambil tindakan

Namun begitu, Presiden Seniman itu memberitahu Persatuan Seniman Malaysia belum boleh mengambil sebarang tindakan terhadap Aliff kerana perlu tunggu keputusan daripada pihak Jabatan Agama Islam terlebih dahulu untuk memastikan dirinya salah ataupun tidak.

Persatuan Seniman hanya akan mengambil langkah seterusnya apabila aktor tersebut didapati benar-benar bersalah dan tindakan yang bakal diambil adalah selari dengan tindakan mahkamah.

Sekadar info, Ruhainies dan Aliff Aziz telah pun membuat kenyataan rasmi di Instagram masing-masing mengenai ‘kisah sebenar’ yang berlaku pada malam ditangkap khalwat, Sabtu lalu.

Aliff aziz
2 months ago

“Bukan Saja Rosak Reputasi, Tapi Juga Keluarga” - Selepas Ruhainies, Aliff Aziz Pula Keluarkan Kenyataan Ditangkap Khalwat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...