“Kalau Pergi Solat Kena Potong Gaji”, Pekerja Kedai Serbaneka Terkemuka Dedahkan Larangan Solat Di Tempat Kerja

Trending

“Kalau Pergi Solat Kena Potong Gaji”, Pekerja Kedai Serbaneka Terkemuka Dedahkan Larangan Solat Di Tempat Kerja

Sebelum ini pernah tular kes majikan tidak membenarkan pekerja beragama Islam untuk solat semasa waktu bekerja. Kali ini perkara yang sama menimpa nasib pekerja-pekerja di sebuah kedai serbaneka terkemuka di Malaysia.

Melalui notis yang dikeluarkan oleh bahagian Sumber Manusia atau HR syarikat itu, tiada lagi waktu solat dibenarkan semasa bekerja. Kalau sebelum ini pekerja boleh keluar selama 15 minit untuk solat tapi sekarang tidak lagi.

Advertisement

Kami bekerja secara purata 12 jam sehari. Ada yang bekerja 16 jam sehari. Ada kala kami terpaksa kerja seorang untuk jaga 1 kedai jadi tiada waktu rehat. Kalau shift kerja kami pukul 9 pagi hingga 9 malam, macam mana kami mahu menunai kan ibadah kami Zohor, Asar dan Maghrib sekali gus?

notis dari hr
Bukan je tak dapat nak keluar untuk solat tapi jika ada yang berdegil, gaji juga akan dipotong. Yang peliknya, arahan ini hanya untuk pekerja operasi sahaja. Walaupun mereka sudah bertanya pada pihak HR tentang masalah ini, tiada jawapan diberikan.

orang lelaki solat di masjid
 

Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja

Menurut Kementerian Sumber Manusia, pihak majikan hendaklah memberi pelepasan kepada pekerja yang beragama Islam untuk menunaikan solat bagi masa:

  • sekurang-kurangnya selama 20 minit bagi setiap waktu solat;
  • sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit bagi solat Jumaat.

Pelaksanaan kewajipan seseorang pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat dalam waktu bekerja boleh diselaraskan oleh majikan ikut kesesuaian waktu rehat pekerja.

Waktu Kerja Di Bawah Seksyen 60A(1) Akta Kerja 1955

Seseorang pekerja tidak boleh bekerja:

  • Lebih daripada 5 jam berturut-turut tanpa diberikan rehat
    sekurang-kurangnya 30 minit;
  • Lebih daripada 8 jam dalam satu hari;
  • Melebihi tempoh masa 10 jam dalam satu hari (spread over
    period of 10 hours); dan
  • Lebih daripada 48 jam dalam satu minggu.

Harapnya syarikat tersebut boleh ambil langkah yang terbaik untuk selesaikan masalah ini. Soal kebajikan pekerja pun kena diambil kira juga. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.