Sebelum ini pernah tular kes majikan tidak membenarkan pekerja beragama Islam untuk solat semasa waktu bekerja. Kali ini perkara yang sama menimpa nasib pekerja-pekerja di sebuah kedai serbaneka terkemuka di Malaysia.
Melalui notis yang dikeluarkan oleh bahagian Sumber Manusia atau HR syarikat itu, tiada lagi waktu solat dibenarkan semasa bekerja. Kalau sebelum ini pekerja boleh keluar selama 15 minit untuk solat tapi sekarang tidak lagi.
Kami bekerja secara purata 12 jam sehari. Ada yang bekerja 16 jam sehari. Ada kala kami terpaksa kerja seorang untuk jaga 1 kedai jadi tiada waktu rehat. Kalau shift kerja kami pukul 9 pagi hingga 9 malam, macam mana kami mahu menunai kan ibadah kami Zohor, Asar dan Maghrib sekali gus?


Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja
Menurut Kementerian Sumber Manusia, pihak majikan hendaklah memberi pelepasan kepada pekerja yang beragama Islam untuk menunaikan solat bagi masa:
- sekurang-kurangnya selama 20 minit bagi setiap waktu solat;
- sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit bagi solat Jumaat.
Pelaksanaan kewajipan seseorang pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat dalam waktu bekerja boleh diselaraskan oleh majikan ikut kesesuaian waktu rehat pekerja.
Waktu Kerja Di Bawah Seksyen 60A(1) Akta Kerja 1955
Seseorang pekerja tidak boleh bekerja:
- Lebih daripada 5 jam berturut-turut tanpa diberikan rehat
sekurang-kurangnya 30 minit; - Lebih daripada 8 jam dalam satu hari;
- Melebihi tempoh masa 10 jam dalam satu hari (spread over
period of 10 hours); dan - Lebih daripada 48 jam dalam satu minggu.
Harapnya syarikat tersebut boleh ambil langkah yang terbaik untuk selesaikan masalah ini. Soal kebajikan pekerja pun kena diambil kira juga.