“Kalau Perempuan Itu Tak Boleh Hormat Abang Sebagai Pasangan Dia Sekurang-kurangnya Hormat Abang Sebagai Lelaki”

Trending

“Kalau Perempuan Itu Tak Boleh Hormat Abang Sebagai Pasangan Dia Sekurang-kurangnya Hormat Abang Sebagai Lelaki”

Saya seorang lelaki bujang berumur pertengahan 20-an. Ini adalah kisah yang terjadi pada saya pada tahun ini. Untuk lebih tepat, yang terjadi pada penghujung Mei 2016.

putustunang54 hari yang lepas, saya putus tunang. Ya. Saya putus tunang pada 26 Mei 2016, iaitu dua hari sebelum majlis penikahan saya.

Advertisement

Perkenalan dengan dia memberi satu impak atau kesan yang besar terhadap saya. Perkenalan singkat selama 39 hari mendorong kami untuk bercinta. Maksudnya, dengan meletakkan kami dalam satu perhubungan. 125 hari kemudian, iaitu pada 17 April 2016, kami putuskan untuk bertunang.

Benar, perkenalan kami selama 5 bulan pada ketika itu dan dengan membuat keputusan untuk berkahwin, mengejutkan ramai pihak. Terutama keluarga dan kawan-kawan. Tapi, orang bercinta ni, mana kisah apa. Asalkan mereka bersama, itu yang mereka mahukan.

Penat bercinta. Atau dengan lebih tepat, saya penat untuk kenal dan mula dari awal. Sebelum ini, saya pernah bercinta dengan seseorang selama hampir 4 tahun. Masih saya ingat, pernah saya berkorban dengan berhenti belajar di sebuah IPTA dan pergi mendaftar di IPTS tempat dia belajar, semata demi dia. Semata demi penuhi permintaan dia untuk saya sentiasa ada dekat dengannya.

Jadi, apabila perhubungan itu tidak menjadi seperti yang diharapkan, saya jadi malas untuk mula dari awal semula. Perkenalan dengan bekas tunang saya adalah selepas 1 tahun 4 bulan perpisahan saya dengan bekas kekasih saya yang saya bersama selama hampir 4 tahun itu.

Bila segalanya nampak dipermudahkan, bila segalanya nampak berpotensi untuk dibawa ke langkah seterusnya, maka, kami berdua nekad untuk berkahwin. Untuk hidup bersama. Untuk bina hidup berdua.

Sehinggalah pada tarikh 17 April 2016, kami bertunang. Happy, sudah tentu. Persiapan semua dilakukan kami berdua. Dari hantaran sehinggalah baju kahwin dan segalanya, kami berdua siapkan bersama. Dan tanpa diduga, dua hari sebelum pernikahan, bekas tunang saya putuskan untuk putuskan pertunangan kami dan membatalkan majlis kami.

Saya mendapat perkhabaran itu pada pukul 1.05pm pada 26 Mei 2016, hanya melalui telefon. Sebenarnya, seminggu sebelum itu lagi, hati saya sudah berkata-kata, sama ada apa yang saya lakukan pada ketika ini, adalah perkara yang betul atau tidak. Seolah macam ada sesuatu dihati saya sendiri yang sebenarnya, tidak setuju dengan apa yang saya lakukan pada ketika itu.

“Awk, saya taknak kahwin.”

“Kenapa?”

“Awak tak perlu tahu.”

*talian diputuskan.

Hampir 20 kali saya cuba hubungi semula, dan tidak diangkat. Jadi, pada ketika itu, saya nekad untuk pergi bertemu tunang saya. Saya bersama abah saya, bergerak dari Perak ke Terengganu, pada pukul 1.45pm pada tarikh yang sama, 26 Mei 2016.

“Kenapa awak datang?”

“Sebab saya sayang hubungan ni.”

“Kan semalam saya dah cakap tak nak.”

“Saya cuma nak dengar sendiri semua tu depan-depan.”

“Awak baliklah, saya taknak kahwin.”

“Baik.”

Pada ketika itu, hati saya kosong. Segala apa yang saya rasa, atau saya fikirkan sebelum ini, seolah mengiyakan firasat saya yang mengatakan saya buat satu keputusan yang salah selama ini untuk berkahwin dalam tempoh perkenalan yang singkat.

Sedih? Tak. Saya tak sedih. Kecewa? Ya. Saya sedikit kecewa. Kecewa kerana setiap apa yang saya harapkan, setiap apa yang saya bayangkan, setiap apa yang saya impikan, hancur. Hancur dalam sekelip mata.

Sepanjang saya memandu pulang ke Perak dari Terengganu, saya cuba tanya hati saya. Saya persoalkan pada diri saya, kesilapan apa yang saya sudah lakukan ini. Saya okay dan tenang pada ketika keluarga dan kawan-kawan saya hubungi saya, bertanyakan tentang saya mampu menerima semua ini atau tak. Ya, saya okay pada ketika itu. Saya bersyukur kerana Tuhan memberi hati saya kekuatan untuk hadapi semua itu.

Cuma, saya kalah pada satu soalan. Tak, bukan pada soalan sebenarnya, tapi pada insan yang bertanyakan soalan itu, ya, Abah saya.

“Abang okay tak ni?”

“Sampai hati dia buat abang macam ni.”

Pada ketika itu, saya menangis. Menangis yang betul-betul menangis. Alhamdulillah, lepas 1 jam, saya berhenti menangis dan sejak dari itu, saya sudah tiada lagi rasa ingin menangis atau sedih atau apapun dengan apa yang terjadi. Sejak hari itu sampai hari ini, saya menerima semua itu dengan hati terbuka, redha, dan sudah tidak menangis lagi. Hahahaha. Gentlemen mana nangis!

Jadi, selepas 54 hari perkara ini terjadi, satu konklusi yang saya boleh buat dengan apa yang terjadi pada saya dan saya ingin kongsikan pada semua.

Dari awal, saya salah. Saya jadi bukan diri saya. Saya tidak membaca buku cinta saya sehelai demi sehelai. Kerana penat dan malas akibat perhubungan cinta sebelum ini, saya terus langkau ke penghujung buku dan berharap, bahagia itu ada situ. Tanpa lalui sesi perkenalan atau kehidupan yang ada di helai-helai sebelumnya.

Ini bukan kisah cinta sepertimana yang saya harapkan. Ya, memang, tak semua perkara akan terjadi seperti yang kita harapkan, sebab hidup akan sentiasa against kita. But still, sekurang-kurangnya, kita usaha, bukan lepaskan begitu saja.

Kelakar bila kenang semula. Saya begitu yakin yang dia adalah untuk saya sebelum ini. Dan bila dia tinggalkan saya, saya sedar satu perkara. Rancanglah sebaik mana, buatlah sebagus mana, bila Dia kata tidak, maka tidak akan jadi.

Ya, jauh disudut hati, saya musnah. Tapi saya bersyukur, saya ada keluarga dan kawan-kawan yang bersama saya untuk lalui semua itu. Dan alhamdulillah, bahagian yang menyakitkan, dah lepas dan juga saya bersyukur kerana Tuhan kuatkan hati saya melalui semuanya. Alhamdulillah.

Tuhan tu ada banyak cara untuk tunjuk, setuju atau tidak Dia dengan pilihan kita. Jangan prejudis pada Tuhan, Dia sebaik-baik perancang.

You know, I hardly even think about her anymore. That’s what time does, I guess.

Tentang mengapa kami berpisah, biarlah perkara itu diantara kami berdua. Tidak perlu aib mana-mana pihak dibuka. Cuma, dalam sesuatu perkara, tak ada yang 100% betul dan tak ada yang 100% salah. Masing-masing ada salah sendiri. Tetapi, meninggalkan seseorang pada dua hari sebelum majlis pernikahan dengan memberi alasan yang sangat tidak kukuh, adalah jahat.


Oh satu lagi, ini adalah untuk awak (kalau awak baca semua ini), saya tuliskan perkara dibawah ini pada hari dimana awak putuskan semua. Jadi, apa yang saya tulis dibawah ini, adalah diri saya pada 26 Mei 2016. Bukan pada 19 Julai 2016.

***Awak buat satu keputusan yang salah. Yang sangat sangat sangat salah. Sebenarnya, saya tak tahu apa yang awak fikirkan. Tak ada langsung ke sayang dalam diri awak selama kita bersama ni? Jujur, awak akan menyesal dengan semua ini. Dan saya tahu, awak pun sedar, kan? Tapi semuanya dah terlewat. Tak apa, teruskanlah hidup awak seperti biasa, hidup bersendirian awak tu. Hidup yang takkan pernah hampir dengan kebahagiaan yang awak akan kecapi, bila awak bersama saya. Saya bukan tulis semua ini untuk menangi awak semula. Tak. Saya cuma harap yang awak akan sedar, awak melakukan kesilapan yang besar dalam hidup awak.***

Akhir sekali, jika anda merasa sedih atau sendiri atau murung atau kecewa, istigfar-lah banyak-banyak. InsyaAllah Dia akan kuatkan hati kita. Redha. Bersangka baik dengan Dia. Dia takkan ambil sesuatu dari kita melainkan Dia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Okay? Biar tak jadi kahwin, jangan tersilap kahwin.

p/s; kalau nak borong barang-barang hantaran yang tak terhantarkan tu, bolehlah berhubungan dengan saya di-twitter saya, @aduduan . Sayang kalau dibiarkan barang-barang hantaran tu mereput dalam almari :D

Sumber: Aduduan on Twitter (follow him)

CnkmDwaVIAImS7s

CnkmFOdUkAAokPZ

CnkmG18VYAARVkC

CnkmIZ4UEAENvE5

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...