Pengacara dan pelakon, Janna Nick berkata dirinya tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan selebriti Elly Mazlein susulan timbul dakwaan bahawa dia perli pengacara berkenaan di pentas Famili Duo 2 (FD2) minggu lalu.
Kata Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muller, pengacara All Stars Gegar Vaganza (AGSV) itu malah ada menghubunginya selepas insiden tersebut berlaku dan tiada isu pun di antara mereka.
View this post on Instagram
Perjelaskan lebih lanjut mengenai isu memerli itu, Janna sebagai pengacara berkata dia hanya mengikut arahan penerbit dan membaca skrip yang sudah disediakan.
Bila bekerja kita kena ikut kehendak penerbit. Kalau penerbit nak kita ‘bakar line’, kita buat.. Kalau penerbit suruh tone down, kita ikut cara baik.
Sebelum ini, nama pengacara Famili Duo 2 teruk dikecam susulan didakwa memerli Elly Mazlein yang menarik diri dari menjadi hos untuk program All Stars Gegar Vaganza.