Pelakon veteran, Azhar Sulaiman sebelum ini ada menegur produksi Famili Duo dan Janna Nick selaku pengacara program tersebut kerana menjadikan perkahwinan Fyna Jebat bersaa Datuk Zainal Abidin Hassan sebagai bahan jenaka.
Aktres itu bagaimanapun kemudian tampil memberi penjelasan bagi pihaknya selepas didakwa menjadi punca tercetusnya pergaduhan Fyna bersama madunya yang juga merupakan anak saudara Azhar Sulaiman.
Tidak berhenti di situ, Azhar yang terkenal dengan panggilan Mami itu menemplak Janna semula menerusi hantaran di Instagram.
Kata Mami, dia menonton rancangan tersebut sejak minggu pertama lagi dan turut mempersoal Janna mengapa setiap minggu perlu ada provokasi dan mengusik Fyna tentang perkahwinannya.
Pelakon drama Keluarga Iskandar itu juga turut memetik nama Ira Kazar kerana Janna Nick sebelum ini pernah mempertahankan Puteri Sarah yang merupakannya rakan baiknya.
Kalaulah pasangan Ayda Jebat adalah Ira Kazar. Adakah awak akan tanya soalan dan ambil pendekatan yang sama? Saya sedih kalau awak fikir saya terlalu cetek untuk menilai. Saya bukan sekadar pelakon.
Mami bagaimanapun telah memadam hantaran tersebut daripada Instagram dan Zainal Abidin dilaporkan masih belum memberikan komen tentang insiden yang berlaku antara kedua-dua isterinya kerana masih sibuk.