Wow. Satu kenyataan yang sangat-sangat berani daripada Norman KRU. Kenyataan yang telah dikeluarkan menerusi Twitter ini telah menjadi satu topik hangat malam semalam. Abang Nara pun cukup terkejut dan tak menyangka kenyataan sebegini akan keluar daripada Norman KRU.
Secara jujur, Abang Nara tak nampak bagaimana kehancuran boleh berlaku kepada industri seni Malaysia sekiranya PAS yang memerintah Malaysia. Di negara Iran, industri perfileman mereka boleh dikatakan lebih maju dari Malaysia walaupun berada di bawah pemerintahan Islam. Apa pun Abang Nara suka dengan pendapat daripada Faizal Tahir.
Memang betul kata Faizal Tahir. Rezeki itu di tangan Tuhan. Kalau nak hancur, bila-bila masa pun boleh hancur. Tak perlu bertukar tampuk kepimpinan. Secara jujur, Abang Nara agak kecewa dengan kenyataan daripada Norman KRU yang boleh dianggap otai di dalam industri hiburan tanah air. Apa pula pendapat anda?
P.S: Antara kelebihan Fer White ialah memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah. Selain itu Fer White turut menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab. Menarik kan? Harga cuma RM95 sahaja untuk penggunaan selama sebulan. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.