Topik tentang kecurangan suami atau isteri sering tular di media sosial dan antara topik hangat yang sering dibincangkan di media sosial.
Usahawan Datin Seri Shahida meraih perhatian selepas dia menegaskan tidak akan mempertahankan perkahwinannya sekiranya diuji dengan kehadiran orang ketiga.
Katanya, lelaki yang sedang ‘gila bayang’ tidak boleh menerima apa-apa nasihat dan tidak akan mendengar kata-kata daripada orang lain jadi tak perlulah buang masa.
Kalau papa disondol, saya biarkan saja. Lelaki kalau dah gila bayang dengan perempuan lain, kita buat apa pun, dia tidak kisah.
Tiada guna mempertahankan orang yang macam itu. Biar kan saja.
View this post on Instagram
Datin Shahida juga turut memberi nasihat tegas kepada kaum Hawa agar berpegang kepada pendirian diri serta memiliki sifat yang tegas.
Isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu juga berkata sekiranya usahawan itu dirampas oleh mana-mana wanita lain, dia hanya mahukan wasiat ke atas namanya.
Saya tak minta tapi andai kata terjadi, saya memilih untuk tidak bergaduh. Kalau nak pergi, silakan.
Tapi wasiat kena atas nama saya. Yang ada orang ketiga sila keluar rumah sehelai sepinggang. Walaupun rumah atas suami, kita berhak tuntut harta sepencarian.
@hereiam141 #fyp #fypage #mamalaris #datinshahidadherbs #datoaliffsyukri #dherbs #dherbsterlajaklaris ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.