Penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan, Siti Sarah mempersoalkan individu yang gemar menegur kesalahan sebutan bahasa Inggeris. Menerusi ciapan di Twitter, Siti Sarah tidak dapat memahami mengapa wujud orang yang suka mencari salah. Menurutnya, bagi orang Melayu yang makan budu dan sambal belacan, sudah semestinya tidak semua boleh menyebut dengan baik.
Secara peribadi, isteri kepada Shuib ini ‘okay’ sekiranya seseorang bercakap bahasa Inggeris tanpa menggunakan tatabahasa yang betul. Baginya, tidak perlulah malu untuk berbahasa Inggeris ‘broken’ asalkan ada usaha untuk mencuba.
Kadang Sarah tak faham kenapa orang kita ni suka sangat nak cari salah orang . Lagi-lagi bila orang tu cakap dalam bahasa Inggeris. pic.twitter.com/mnR1KBD4IT
— SITI SARAH RAISSUDDIN (@sarahraissuddin) February 16, 2021
Jelasnya lagi, seseorang seharusnya belajar sebutan bahasa Inggeris yang betul tetapi janganlah pula malu untuk bercakap bahasa perantaraan seluruh dunia itu walaupun salah. Siti Sarah juga sempat berpesan supaya menjaga aib orang lain dalam memberi teguran sebagaimana Allah SWT menjaga aib hambaNya.