Masih dapat dirasakan kehangatan isu pemain badminton negara perseorangan yang cukup disayangi ramai iaitu Lee Zii Jia keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diperkatakan di media sosial.
Disebabkan itu, BAM terpaksa mengenakan bayaran pampasan yang perlu dibuat oleh pemain badminton nombor 7 dunia agar pemain lain tidak mengikuti jejak langkahnya.
Hal ini sekaligus telah menarik perhatian bekas pemain badminton nombor 1 dunia iaitu Roslin Hashim dimana beliau menjangkakan tindakan tersebut tidak akan dikenakan buat Lee Zii Jia.
Kes #LeeZiiJia ni kemain marah lagi Roslin hashim, ingatkan FAM je teruk, BAM lagi problem ni pic.twitter.com/oLddw0a6b3
— Sid Razali ???????? (@sidchan) January 20, 2022
Difahamkan dari laporan Utusan, Roslin tidak dapat menafikan bahawa pengunduran pemain muda berumur 23 tahun ini menjadi satu tamparan hebat buat BAM kerana ia melibatkan pemain utama dalam persatuan mereka.
Meninjau di ruangan komen video asal yang dimuat naik di TikTok, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan beliau dan menganggap tindakan yang dikenakan buat Lee Zii Jia itu tidak adil dan perlu diselesaikan dengan cara yang baik agar memudahkan kedua-dua pihak.