Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kalau Orang Fikir Program Kenang Pak Yus Negatif Itu Hak Mereka, Sila Tonton Siaran Lain – Afdlin Shauki

Pemergian Allahyarham Yus Jambu ataupun Pak Yus minggu lepas agak mengejutkan, ramai yang menitiskan air mata dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat. Siapa sangka  meskipun beliau tidak mempunyai kehidupan yang agak mewah, Pak Yus sebenarnya terlalu banyak membuat amal jariah sepanjang hidupnya.

Advertisement

Masih lagi terlibat dengan program Juara Parodi yang masih lagi berlangsung, penerbit rancangan tersebut iaitu Afdlin Shauki telah menganjurkan  program Juara Parodi Khas Kenang Allahyarham Yus Jambu pada hari Jumaat lepas.

Namun, tidak semua yang senang dengan program tersebut dan ia turut mendapat perhatian penyanyi Aishah yang berpendapat program itu tidak memberikan sebarang maanfaat kerana ia adalah amalan agama lain.

Menjawab kritikan negatif daripada masyarakat, Afdlin tidak mahu ambil pusing akan tanggapan tersebut.

Saya tidak kisah apa yang orang luar mahu cakap tentang program ini, bagi saya ia adalah ruang untuk kami yang sudah dianggap seperti keluarga untuk meluahkan segala perasaan sedih. Kalau orang luar fikir perkara negatif tentang program ini, itu hak mereka dan sila tutup televisyen atau tonton siaran lain.

Advertisement

Tambah Afdlin, setiap peserta dalam program Juara Parodi ibarat keluarga yang cukup rapat dengan Pak Yus dan inilah masa untuk setiap pelawak meluahkan isi hati mereka tentang arwah.

Malah,jika pertandingan Juara Parodi diteruskan sekalipun, belum tentu peserta yang menyertainya mampu melakukan persembahan kerana masih lagi bersedih kehilangannya.

Inilah tempat untuk luahkan apa yang kami rasa dan kita tak mahu orang fikir kita tiada perasaan kepada arwah selepas kita kembali bekerja. Saya yakin jika tiada tempat untuk luahkan tempoh kesedihanakan lebih panjang.

Secara jujurnya sejak mendapat berita kehilangan Yus, saya sendiri hingga sekarang tidak mampu untuk tersenyum biarpun ada peminat ajak bergambar.

Pak Yus menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang pada 30 November lepas sekitar jam 12.30 pagi kerana serangan jantung. Jenazah kemudian dikebumikan  di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama